Bagaimana Menjalankan Istiadat Menaikkan Bendera Semasa Lagu Kebangsaan Dimainkan Serentak
1. Sediakan pengakap yang akan menaikkan bendera. Pengakap itu mestilah memakai pakaian seragam yang lengkap. Jika terdapat lebih daripada satu bendera yang akan dinaikkan atau sebaliknya, jumlah pengakap perlu ditambahkan. Hanya seorang pengakap diperlukan untuk menaikkan sesuatu bendera.
2. Ikatkan kedua-dua hujung tali bendera pada bendera yang akan dinaikkan dan bersedia di tiang bendera.
3. Pastikan bendera di dalam kedudukan yang betul, jangan dipasang songsang.
4. Kedua-dua belah tangan pegang pada tali bendera dan bendera diletakkan di atas bahu kanan pengakap.
5. Semua pengakap dikehendaki berbaris dalam patrol dan berkeadaan sedia. Ketua kumpulan akan mengarahkan semua pengakap supaya bersedia.
6. Kemudian Lagu Kebangsaan akan dinyanyikan beramai-ramai
7. Pengakap yang bertugas akan menaikkan bendera dengan perlahan-lahan dengan diiringi Lagu Kebangsaan yang dinyanyikan.
8. Apabila Lagu Kebangsaan habis dinyanyikan, benera yang dinaikkan mestilah sampai pada kemuncak tiang bendera, lalu pengakap yang bertugas akan mengikat tali bendera pada tiang bendera dengan ketat.
9. Pengakap yang ditugaskan tadi akan melangkah selangkah ke belakang kemudian memberi hormat kepada bendera, dan diikuti oleh semua pemimpin dan pengakap lain.
10. Selepas itu, pengakap yang bertugas akan bergerak ke tempat asalnya.
11. Istiadat melafazkan Persetiaan Pengakap dijalankan dengan di ketuai oleh ketua kumpulan.
12. Istiadat bertafakur dijalankan, dan bacaan doa oleh yang beragama Islam
13. Pemimpin yang memberi arahan untuk aktiviti seterusnya pada hari itu
14. Semua pengakap kemudiannya diarahkan keluar baris oleh ketua kumpulan untuk menjalankan aktiviti
Format Ujian:- Pengakap tahu melaksanakan upacara menaikkan bendera sambil menyanyikan Negaraku dan Lagu Kebesaran Perak.
- Pengakap dikehendaki merekodkan cara-cara menaikkan bendera serta gambar-gambar untuk mejelaskan upacara ini dalam Buku Log Lencana Usaha