Showing posts with label 06-Lencana Usaha. Show all posts
Showing posts with label 06-Lencana Usaha. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Nama-nama Orang Kenamaan

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-13 Malaysia
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

DYMM Raja Permaisuri Agong Ke-13 Malaysia
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah D.M.N, D.K (Terenganu), S.S.M.Z, S.S.M.T (Terengganu)

DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahulah

DYMM Raja Permaisuri Perak
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun binti Mohd. Ali, D.K. , D.M.N

Menteri Besar Negeri Perak
Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Format Ujian:

  • Pengakap tahu menghafal and menuliskan dengan betul dan penuh nama-nama orang kenamaan di atas.
  • Pengakap dikehendaki merekodkan infomasi di atas dalam Buku Log Lencana Usaha

Wednesday, August 13, 2008

Simpulan dan Ikatan Lencana Usaha

Simpul himpit (fisherman’s knot)
Digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar, khasnya tali pancing, dan juga untuk menyambung dua tali yang licin.



Simpul pulih (sheep shank)
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada tempat yang reput dan hendak putus, menegangkan tali yang kendur setelah kedua-dua hujungnya diikat.

Simpul bunga geti (double sheet bend)
Digunakan bagi menyambung dua utas tali yang tidak sama besar dan untuk menyambung dua tali yang licin. Cara menggunakan dua lilitan adalah lebih selamat.

Lilit balak (timber hitch)
Digunakan untuk mengikat hujung tali pada tiang atau pokok dengan mudah, untuk menarik balak atau kayu dan untuk memulakan ikat serong.

Lilit ‘taut-line’ (taut-line hitch)
Digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan

Ikat seraya (square lashing)
Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.

Ikat serong (diagonal lashing)
Digunakan unuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang.



Format Ujian:

  • Pengakap tahu mengikatkan dan menerangkan semua simpulan dan ikatan di atas.
  • Pengakap dikehendaki merekodkan infomasi di atas dalam Buku Log Lencana Usaha

Menaikkan Bendera

Bagaimana Menjalankan Istiadat Menaikkan Bendera Semasa Lagu Kebangsaan Dimainkan Serentak

1. Sediakan pengakap yang akan menaikkan bendera. Pengakap itu mestilah memakai pakaian seragam yang lengkap. Jika terdapat lebih daripada satu bendera yang akan dinaikkan atau sebaliknya, jumlah pengakap perlu ditambahkan. Hanya seorang pengakap diperlukan untuk menaikkan sesuatu bendera.
2. Ikatkan kedua-dua hujung tali bendera pada bendera yang akan dinaikkan dan bersedia di tiang bendera.
3. Pastikan bendera di dalam kedudukan yang betul, jangan dipasang songsang.
4. Kedua-dua belah tangan pegang pada tali bendera dan bendera diletakkan di atas bahu kanan pengakap.
5. Semua pengakap dikehendaki berbaris dalam patrol dan berkeadaan sedia. Ketua kumpulan akan mengarahkan semua pengakap supaya bersedia.
6. Kemudian Lagu Kebangsaan akan dinyanyikan beramai-ramai
7. Pengakap yang bertugas akan menaikkan bendera dengan perlahan-lahan dengan diiringi Lagu Kebangsaan yang dinyanyikan.
8. Apabila Lagu Kebangsaan habis dinyanyikan, benera yang dinaikkan mestilah sampai pada kemuncak tiang bendera, lalu pengakap yang bertugas akan mengikat tali bendera pada tiang bendera dengan ketat.
9. Pengakap yang ditugaskan tadi akan melangkah selangkah ke belakang kemudian memberi hormat kepada bendera, dan diikuti oleh semua pemimpin dan pengakap lain.
10. Selepas itu, pengakap yang bertugas akan bergerak ke tempat asalnya.
11. Istiadat melafazkan Persetiaan Pengakap dijalankan dengan di ketuai oleh ketua kumpulan.
12. Istiadat bertafakur dijalankan, dan bacaan doa oleh yang beragama Islam
13. Pemimpin yang memberi arahan untuk aktiviti seterusnya pada hari itu
14. Semua pengakap kemudiannya diarahkan keluar baris oleh ketua kumpulan untuk menjalankan aktiviti

Format Ujian:
  • Pengakap tahu melaksanakan upacara menaikkan bendera sambil menyanyikan Negaraku dan Lagu Kebesaran Perak.
  • Pengakap dikehendaki merekodkan cara-cara menaikkan bendera serta gambar-gambar untuk mejelaskan upacara ini dalam Buku Log Lencana Usaha

Tuesday, August 12, 2008

Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri Perak

Negaraku (Lagu Kebangsaan)
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.

Sejarah Lagu Kebangsaan Malaysia boleh didapati di Wikipedia

Lagu Kebesaran Negeri Perak
Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan

Sejarah Lagu Kebesaran Perak boleh didapati di Laman Web Kerajaan Perak.

Format Ujian:
  • Pengakap boleh menyanyikan dengan baik dan betul Lagu Kebangsaan Negaraku dan Lagu Kebesaran Negeri Perak
  • Pengakap boleh menuliskan secara hafal lirik-lirik kedua-dua lagu di atas.
    Pengakap dikehendaki merekodkan lirik-lirik lagu di dalam Buku Log Lencana Usaha.

Bendara Malaysia dan Perak

Bendara Malaysia

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bendara Perak

Bendera Negeri Perak mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.

Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Warna kuning
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.

Format:
  • Pengakap tahu menulis kedua-dua Bendara Malaysia and Perak.
  • Pengakap tahu menerangkan secara tulis maksud-maksud Bendara Malaysia and Perak
  • Pengakap dikehendaki merekodkan maklumat-maklumat di atas di dalam Buku Log Lencana Usaha

Monday, August 4, 2008

Syarat-syarat Lencana Usaha


Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu.

Lencana ini diberi mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara dan lain-lain.

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut dan menyiapkan Buku Log Lencana Usaha yang merekodkan maklumat-maklumat berkenaan dengan ujian-ujian di bawah: -

A. Cita-cita Pengakap
1. Melukis dan menerangkan erti bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing.
2. Menyanyikan Lagu Kebangsaan (Negaraku) dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing sambil menyanyi dalam masa yang sama Lagu Kebangsaan dan lagu negeri berkenaan.
4. Mengetahui nama penuh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMM Raja Permaisuri Agong, DYMM Sultan, TYT Yang Dipertua Negeri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri berkenaan.
5. Melafazkan Persetiaan Pengakap dan menghafal serta tahu makna Undang-undang Pengakap.

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Mengetahui latihan asas perbarisan: masuk baris, senang diri, rehatkan diri, ke kanan lurus pandang depan, keluar baris, besurai, ke kanan pusing, ke kiri pusing, ke belakang pusing, buka barisan, tutup barisan, langkah ke sebelah dan paras.
2. Mengetahui kawat tongkat: rehatkan diri, senang diri, sedia, baring tongkat, angkat tongkat, kalih tongkat dan hormat dengan tongkat
3. Mengetahui isyarat tangan pengakap: rehatkan diri, senang diri, sedia, keluar baris, barisan melintang, barisan jajar, barisan tertutup, barisan terbuka, tapak kuda, bersurai
4. Melalui dengan jayanya lima daripada lapan halangan komando yang disediakan. Jenis-jenis halangannya ialah: menggayut tali, merangkak komando, meniti goyang, merangkak bawah jala, meniti pacak, memanjat tembok/tali, melalui terowong, menggayut monyet/tali
5. Menunjukkan dengan jayanya cara melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap
1. Menerangkan kegunaan dan cara membersihkan, menjaga dan menyimpan pisaudan parang dan langkah keselamatan. Membuat kayu pancang khemah atau alat-alat lain yang berguna dalam perkhemahan dengan menggunakan pisau dan parang.
2. Menunjukkan serta mengetahui kegunaan simpulan dan ikatan berikut: -
- Simpul Himpit (fisherman’s knot)
- Simpul Pulih (sheep shank)
- Bunga Geti Ganda (double sheet bend)
- Lilit Balak (timber hitch)
- Lilit Taut-line (taut-line hitch)
- Ikat Seraya (square lashing)
- Ikat Serong (diagonal lashing)

3. Mengetahui Undang-undang Lalulintas Jalan Raya bagi penunggang motosikal
4. Memahami segala faktor penting bagi memilih tapak perkhemahan.
5. Menyenaraikan keperluan peribadi untuk berkhemah dan mengetahui cara menyusun dengan kemas keperluan tersebut ke dalam beg sandang (rucksack)
6. Menyediakan alatan pertolongan cemas peribadi di dalam bekas yang sesuai untuk pengembaraan.
7. Menghidupkan api di luar khemah, membuat minuman serta memasak makanan yang mudah untuk diri sendiri
8. Mendiri dan menurunkan khemah kecil (hike tent) atau ponco.
9. Berkhemah di luar bersama pengakap-pengakap lain sekurang-kurangnya satu malam dalam satu kegiatan pengakap.
10. Mengetahui arah mata angin dan mengenali peta topo.
11. Mengetahui isyarat sulit pengakap
12. Berjalan kaki sejauh 6 km bersama patrol sendiri dan sekembalinya, memberi laporan ringkas bertulis mengikut format yang ditentukan atas satu malamat yang ditetapkan.

D. Kecenderungan dan Minat
1. Membuat satu kraftangan daripada buluh, kayu atau logam atau mengukir pada kayu/sabun/lilin dan sebagainya.
2. Menghasilkan satu plaster cast dengan menggunakan Plaster of Paris.
3. Menyimpan rekod berkenaan dengan sekurang-kurangnya 12 orang sahabat pena di dalam Buku Log Peribadi.

E. Perkhidmatan
1. Mengetahui cara mengikat balutan anduh yang berikut:
- melipat kain anduh
- membalut kepala
- membuat anduh besar
- membalut tangan
2. Mengetahui cara mengambil tindakan menghadapi kemalangan, kebakaran, luka, sengatan binatang dan pitam
3. Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan awam, pengangkutan tempatan, tempat bersejarah, dan tempat penting, hospital, klinik, kediaman doctor, balai polis, balai bomba/tempat alat pemadam api dan tempat telefon awam.
4. Boleh menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang.