Semenjak itu banyak kumpulan dan belia menyertai Pengakap. Perkembangan Pergerakan Pengakap di negara ini ialah seperti berikut:
- 1913 - Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Sandakan
- 1915 - Penang, oleh H. R. Cheeseman of the Penang Free School
- 1915 - Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander in Kuching (hanya aktif dari 1930).
- 1922 - Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield
- 1926 - Perak, oleh L.R. Wheeler di Malay College Kuala Kangsar
- 1926 - Melaka, oleh R. Brunstone
- 1926 - Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith
- 1926 - Selangor, oleh Ameen Akbar
- 1927 - Terengganu, oleh A.J. Gracle
- 1927 - Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong
- 1928 - Johor, oleh H.R. Cheeseman di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar).
- 1931 - Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.
- Pahang, oleh G.M. Laidlow in Pekan, disemerakkan pada tahun 1927 oleh H.P. Hertslet
Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pengawai Ingerris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap ditubuhkan juga oleh pengawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan).
Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957.
Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.
Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.
Laman Web Persekutuan Pengakap Malaysia (The Scout Association of Malaysia): http://www.pengakap.net/
Format Ujian
- Budak-budak memahami sejarah Pengakap Malaysia dan lulus dalam soalan-solan subjektif & objektif yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment