Tuesday, July 22, 2008

Troop History (Bahasa Melayu)

Sejarah Kumpulan

Sebelum kumpulan kami 38th KK ditubuhkan telah ada dua pertubuhan yang lain di sekolah kita. Satu daripada mereka ialah kumpulan Pandu Puteri 7th KK dan yang satu lagi ialah Bulan Sabit Merah. Kedua-dua persatuan ini berkait terus dengan kumpulan kami.

Idea untuk menubuhkan pergerakan pengakap telah dirancang oleh ketua kumpulan kami yang pertama, iaitu En Liew Tong Chen dan beberapa orang rakannya.

Dalam penggal ketiga tahun 1967, Tong Chen telah berbincang dengan guru besar dan kebenaran telah diperolehi. Oleh sebab kekurangan pemimpin, pertubuhan kami telah ditangguhkan sehingga tahun 1968. En Phun Kiah Hoon, En. Chuah Ching Hoe dan En Wu Seong Juen telah menjadi pemimpin kumpulan kami yang awal. Upacara penubuhan kumpulan kami telah diadakan pada 7 Jun 1968, sebaik sahaja daripada itu kumpulan kami telah diaturkan sebagai kumpulan 38th KK. Bilangan ahli pada masa itu ialah 37 orang. Pada akhir bulan Februari, dua orang Raja Pengakap dari Sek. Men. Clifford iaitu En Palaniapan dan En Harjan Singh yang telah habis mengaji ke Tingkatan Lima telah sudi menjadi pemimpin kumpulan kami. Dalam bulan Mac, En. Chua Seng Hooi telah dijadikan sebagai penolong pemimpin ketua kami.


Notice: 38th KK Scout, if you have more info about troop history, please submit to troop email 38thkkboyscout@gmail.com

No comments: