Friday, August 1, 2008

Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia

Lambang Pengakap Sedunia

  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Lambang Pengakap Malaysia

  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
    Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
  • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
  • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
  • Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
  • Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
    Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",
    Hijau - "Pengakap Muda",
    Merah - "Pengakap Remaja"
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Format Ujian

  1. Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan

1 comment:

Unknown said...

memang berguna awak punya blog